Meizu M5C Kini Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM449

Meizu M5C Kini Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM449

Diterbitkan pada July 5, 2017 oleh .

Meizu sebelum ini telah memperkenalkan Meizu M5C untuk pasaran China pada bulan Mei lepas. Kini, Meizu Malaysia turut telah mula membawa masuk peranti berkenaan, dan menjualnya melalui para pengedar tempatan pada harga RM449.

Meizu M5C hadir dengan ciri-ciri asas-pertengahan, dan membawakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

Ia menggunakan skrin 5-inci dengan resolusi HD, dilengkapi cip empat-teras MediaTek, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, bateri berkapasiti 3000mAh dan sokongan rangkaian LTE melaluinya.

Telefon pintar ini turut dilengkapi kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Binaan peranti ini diperbuat daripada bahan polikarbonat.

Bagi anda yang inginkan sebuah peranti dengan spesifikasi asas-pertengahan, mungkin anda boleh menyemak Meizu M5c ini.


TIPS & ULASAN