HP EliteBook X360, Elite X2, ZBook Studio G3 Dan Z2 Mini G3 Dilancarkan Di Malaysia
HP

HP EliteBook X360, Elite X2, ZBook Studio G3 Dan Z2 Mini G3 Dilancarkan Di Malaysia

Diterbitkan pada July 5, 2017 oleh .

HP hari ni melancarkan empat produk baru untuk pasaran Malaysia merangkumi komputer riba, workstation mudah alih dan juga desktop mini. Kita mulakan dengan komputer riba HP EliteBook X360 yang dilengkapi skrin sesentuh 13.3″ HD penuh, pemproses i5/i7 Kaby Lake, memori sehingga 16 GB RAM DDR4 dan storan sehingga 1TB SSD. Stylus berteknologi Wacom disertakan dengan 2o48 tahap kepekaan. Terdapat kamera 720P pada bahagian hadapan yang menyokong Windows Hello. Bateri 57Wh disertakan yang mampu bertahan sehingga 16.5 jam. Terdapat sokongan pengecasan pantas yang membolehkan bateri dicas sehingga lima puluh peratus dalam masa 30 minit. HP EliteBook X360 dijual pada harga bermula RM 5299.

Seterusnya ialah komputer tablet HP Elite X2 1o212 G2 yang dilengkapi skrin sesentuh 12.3″ WQXGA, pemproses i3/i5/i7 Kaby Lake, memori sehingga 16 GB RAM LPDDR3 dan storan sehingga 512GB SSD. Terdapat kamera 5MP pada bahagian hadapan yang menyokong Windows Hello dan kamera belakang 8MP. Bagi yang mementingkan sekuriti, sebuah pengimbas cap jari terletak pada bahagian belakang. Papan kekunci Elite X2 boleh ditanggalkan, tongkat pada bahagian belakang dan terdapat juga sebuah stylus berteknologi Wacom dengan 2048 tahap kepekaan. Bateri 47Wh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas yang membolehkan bateri dicas sehingga lima puluh peratus dalam masa 30 minit. Komputer tablet ini juga piawaian tahan lasak MIL STD-810G. HP EliteBook X2 dijual pada harga bermula RM 5299.

HP Zbook Studio G3 Mobile Workstation ialah komputer riba untuk kegunaan industri yang dilengkapi skrin 15.6″ UHD, pemproses Intel Xeon/i7, memori 32GB RAM DDR4 ECC dan storan sehingga 1TB SSD. Kad grafik Nvidia Quadro M100M disertakan pada model tertentu. Terdapat kamera HD pada bahagian hadapan yang menyokong Windows Hello. Bateri sebesar 64Wh yang agak besar memastikan komputer dapat beroperasi dalam tempoh yang lama. Harga jualan workstation mudah alih ini bermula dari RM 8500.

Akhir sekali ialah workstati0n desktop kompak HP Z2 Mini G3 Workstation yang diperkasakan pemproses Intel Xeon/i7/i5/i3, memori 32GB RAM DDR4 ECC dan storan sehingga 512 GB SSD PCIe. Kad grafik Nvidia Quadro M620 disertakan pada model terpilih. Komputer kompak tetapi berkuasa ini boleh disambungkan kepada enam monitor secara serentak. Sebuah pemacu optikal DVD-RW disertakan tetapi dalam bentuk luaran. Harga jualan bagi HP Z2 Mini G3 Workstation bermula dari RM 5800.


TIPS & ULASAN