Carian
DJI Spark Dilancarkan Di Malaysia – Hadir Dengan Kawalan Berasaskan Tangan, Ditawarkan Bermula RM2,288
July 5, 2017 Arib Ismail

DJI terkenal dengan penawaran produk berasaskan dron, yang direka dengan ciri-ciri premium untuk penggemar gajet ini. Hari ini, mereka telah memperluaskan penawaran produk mereka untuk pengguna di Malaysia, melalui DJI Spark dengan penawaran dron bersaiz mini.

DJI Spark didatangkan dengan sensor CMOS 1/2.3” yang membolehkan pengguna mengambil gambar 12MP selain menawarkan rakaman 1080p yang distabilkan secara terbina.

Apa yang menarik mengenai dron ini, ia hadir dengan kawalan berasaskan tangan, melalui fungsi yang dinamakan sebagai Palm Control. Ia membolehkan pengguna menerbangkan dron ini, mengambil gambar selfie, dan memanggil kembali dron ini ke arah anda.

Menariknya, dron ini direka dengan hanya seberat 300 gram, memudahkan pengguna membawa dan menyimpannya di dalam beg.

Dari segi kelajuan, ia mampu menawarkan kelajuan sehingga 50 kph ketika di dalam Sport Mode apabila anda mengawalnya melalui remote. Dari segi ketahanan bateri, ia mampu diterbangkan sekitar 16 minit sebelum perlu dicas semula.

Ia telah ditawarkan pada harga RM2,288, iaitu penawaran permulaan yang merangkumi DJI Spark ini sendiri, 3 pasang propeller, 1x bateri, pengecas, kabel Micro-USB, dan storage box.

Bagi anda yang mahukan penawaran aksesori yang lebih lengkap, ia ditawarkan pada harga RM3,188 untuk “Spark Fly More Combo”. Combo ini merangkumi DJI Spark, remote controller, 4 pasang propeller, 4 pasang propeller guard, 2x bateri, pengecas, kabel Micro-USB, hub untuk mengecas bateri, shoulder bag, dan storage box.

Ia ditawarkan dalam lima warna seperti Alpine White, Sky Blue, Meadow Green, Lava Red, dan Sunrise Yellow.

Komen