Acer Memperkenalkan Desktop Aspire GX281 Dengan Cip AMD Ryzen Di Malaysia

Acer Memperkenalkan Desktop Aspire GX281 Dengan Cip AMD Ryzen Di Malaysia

Diterbitkan pada July 5, 2017 oleh .

Acer Malaysia hari ini telah memperkenalkan beberapa produk baru mereka untuk pasaran tempatan, termasuk salah satunya adalah desktop terbaru yang memfokuskan kepada sokongan permainan video dan juga hiburan, iaitu Acer Aspire GX281.

Deskop Acer Aspire GX281 ini hadir dengan cip pemprosesan AMD Ryzen 7 1700X, dan mampu menawarkan pengalaman multimedia yang baik dan lancar melaluinya.

Acer Aspire GX281

Melengkapkan desktop ini adalah kad grafik AMD Radeon RX 480 4GB GDDR5, memori sehingga 8GB RAM, dan ruangan storan gabungan 256GB SSD + 1TB HDD. Rekaan desktop ini juga turut membawakan beberapa elemen memfokuskan permainan video, dan mampu menguasakan permainan pada resolusi 4K tanpa masalah melaluinya.

Pada bahagian hadapan, desktop ini menyertakan port USB-C, USB-A, pembaca kad-SD, dan juga bicu audio. Pada bahagian belakang desktop ini pula, ia turut hadir dengan dua port USB 3.1, dan 4 port USB 2.0, bicu audio, dan port LAN. Pengguna turut disediakan dengan sambungan HDMI, DisplayPort dan juga DVD Writer.

Di Malaysia, Acer Aspire GX281 ditawarkan pada harga RM5499 dan boleh didapati daripada para pengedar Acer terpilih. Acer turut menawarkan sama jaminan 3 tahun bersama-sama dengan pembelian desktop ini.


TIPS & ULASAN