Cari @ Amanz

Acer telah memperkenalkan beberapa komputer riba dibawah siri Swift sebelum ini di Malaysia, dan hari ini mereka melengkapkan penawaran berkenaan dengan memperkenalkan Swift 1 untuk pasaran tempatan.

Acer Swift 1 membawakan rekaan nipis dan penawaran masa penggunaan bateri sehingga 10 jam. Ia turut dilengkapi sokongan pengimbas cap jari dengan Windows Hello, serta beberapa integrasi teknologi Acer seperti untuk mengurangkan cahaya biru, serta penawaran Acer TrueHarmony untuk pengalaman multimedia yang baik.

Acer Swift 1

Dari segi spesifikasi, Acer Swift 1 menggunakan skrin bersaiz 13.3-inci dengan paparan HD penuh, menggunakan cip Intel Pentium, memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan berasaskan SSD berkapasiti 128GB. Ia hadir menggunakan Windows 10 sebagai sistem operasi, dan menggunakan kerangka dengan rekaan logam.

Di Malaysia, ia hadir dalam pilihan warna merah jambu, emas,dan juga perak pada harga RM2199.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd