Cari @ Amanz

ZTE Blade V7 dan V7 Lite dilancarkan tahun lalu. Versi “terkini” peranti ini baru sahaja dilancarkan dengan nama ZTE Blade V7 Plus. Kami katakan terkini kerana ia mengekalkan spesifikasi yang sama seperti V7 dengan hanya kapasiti bateri meningkat ke 2540 mAh dan pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Sebelum ini hanya V7 Lite dilengkapi dengan pengimbas cap jari.

ZTE Blade V7 Plus mempunyai skrin sebesar 5.2″ HD Penuh, diperkasakan pemproses lapan teras 1.3 GHz MediaTek MT6753, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte. Kamera utama sebesar 13 Megapixel dan kamera hadapan 5 Megapixel. Amat mengecewakan ia masih lagi menggunakan Android Marshmallow.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd