Cari @ Amanz

Sebab utama kami berhenti dari menjadi seorang pemain PC dan berubah ke konsol adalah kerana kami lebih selesa bermain di ruang tamu. Saiz TV yang lebih besar dari monitor PC membuatkan permainan pada konsol lebih mudah dinikmati. Sistem Steam Link dihasilkan bagi membolehkan permainan PC distrim ke peranti lain yang menyokongnya seperti Nvidia Shield. Fungsi ini kini disokong pada televisyen pintar keluaran Samsung.

Aplikasi Steam Link Beta kini boleh dimuat turun pemilik televisyen pintar 4K Samsung tahun 2016 dan 2017, Pengguna digalakkan melakukan sambungan berwayar bagi memastikan tiada sela masa di antara kandungan PC dan yang terpapar pada skrin TV. Berita mengenai sokongan fungsi ini pada televisyen pintar Samsung pertama kali kami dengar tahun lalu. 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd