Cari @ Amanz

Nokia sebelum ini telah mengumumkan kerjasama dengan beberapa pengeluar dan memberikan mereka lesen untuk penggunaan paten berkaitan piawaian selular yang dimiliki oleh Nokia. Terkini, hari ini Nokia turut mengumumkan kerjasama yang lebih kurang sama bersama pihak Xiaomi.

Nokia Xiaomi

Dengan kerjasama ini juga, ia membolehkan Nokia dan Xiaomi untuk turut bekerjasama dalam pelbagai teknologi rangkaian, penyelesaian pusat data, dan sebagainya. Selain daripada itu, dengan perlesenan ini juga, ia semestinya memudahkan lagi Xiaomi memperluaskan penawaran mereka pada peringkat global. Xiaomi juga dikatakan membeli sedikit paten daripada pihak Nokia.

Pada masa yang sama, memandangkan Xiaomi dan Nokia turut sama memfokuskan kepada arena peranti berhubung (IoT) dan juga realiti-maya, maka kerjasama ini bukan sekadar untuk telefon pintar sahaja, tetapi lebih daripada itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd