Asus Zenfone 4 Max Diperlihatkan Dengan Dwi-Kamera Dan Bateri Sebesar 5000 mAh

Asus Zenfone 4 Max Diperlihatkan Dengan Dwi-Kamera Dan Bateri Sebesar 5000 mAh

Diterbitkan pada July 5, 2017 oleh .

Bateri yang besar memastikan hayat penggunaan peranti yang lama. Bagi mereka yang tidak gemar mengecas peranti setiap hari, Asus Zenfone 4 Max adalah untuk anda dan ia diperlihatkan semalam. Dua versi dilancarkan masing-masing dengan pemproses Snapdragon 430 dan Snapdragon 425.

Peranti dilengkapi skrin 5.5″ HD penuh, memori sehingga 4GB RAM dan storan 16/32/64 GB. Kamera utama berkembar mempunyai sensor sebesar 13+13 Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel dengan lensa sudut lebar. Sistem operasi Android 7.0 akan digunakan bersama pelancar Zen UI. Harga Asus Zenfone 4 Max bermula dari RUB 13,900 (~RM 998) sebuah.

 


TIPS & ULASAN