Peminat Assassin’s Creed? Siri Anime Untuknya Akan Dibangunkan

Peminat Assassin’s Creed? Siri Anime Untuknya Akan Dibangunkan

Diterbitkan pada July 5, 2017 oleh .

Ubisoft mempunyai beberapa jenama permainan popular dibawah mereka, dan salah satunya adalah Assassin’s Creed. Selain hanya permainan biasa, siri tersebut telah difilemkan baru-baru ini. Kini, selain daripada filem, ia turut telah diumumkan yang mana siri anime untuk Assassin’s Creed bakal hadir tidak lama lagi.

Siri anime ini akan dibangunkan bersama oleh Adi Shankar yang turut hadir dengan siri Castlevania untuk Netflix.

Projek anime untuk Assassin’s Creed ini dilihat masih pada peringkat awal lagi, dan mungkin akan mengambil suatu tempoh masa sebelum kita dapat melihat hasilnya. Ia masih perlu melalui fasa pembangunan cerita dan sebagainya yang mungkin mengambil masa sedikit lama untuk tujuan berkenaan.

Apa pun, dengan pengumuman ini, semestinya ramai peminat siri Assassin’s Creed yang juga meminati siri anime akan menantikan kehadirannya.


TIPS & ULASAN