Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan secara rasminya penambahan penawaran satu lagi warna peranti baru untuk keluarga Galaxy S8, iaitu pilihan warna Coral Blue.

Galaxy S8 Coral Blue

Galaxy S8 hadir dengan skrin Infinity Edge yang menjadikan peranti berkenaan lebih menarik untuk dilihat berbanding sejumlah telefon pintar lain di pasaran. Melengkapkan ia juga adalah sokongan kalis air, kamera 12-megapixel dibahagian belakang, serta integrasi pengimbas mata.

Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+ dalam pilihan warna Coral Blue boleh didapati bermula esok, 7 Julai, masing-masing pada harga RM3299 dan RM3699.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd