Cari @ Amanz

Gfk, salah satu badan penganalisa terkemuka di dunia terkini berkongsi beberapa data berkenaan dengan pembelian telefon pintar dikalangan pengguna tempatan. Menurut Gfk, diantara Mac 2016 hingga Februari 2017 lepas, telefon bernilai lebih RM6.8 bilion telah dibeli pengguna tempatan.

Ia memperlihatkan peningkatan positif berbanding 2015 yang lepas, menyaksikan telefon pintar bernilai RM5.4 bilion telah terjual.

Telefon pintar yang paling banyak dibeli pengguna tempatan adalah telefon pintar berspesifikasi pertengahan antara harga RM900 ke RM1050. Telefon pintar dari China dikatakan memainkan peranan utama dalam menarik permintaan jualan telefon pintar.

Menurut Gfk juga, sekitar 37% daripada telefon pintar adalah bersaiz antara 5.01-inci ke 5.6-inci – turut memperlihatkan peningkatan permintaan peranti berskrin besar.

Bagi anda sendiri, adakah anda membeli telefon pintar pada tahun lepas? Sekiranya ya, apakah saiz peranti yang dibeli anda, dan berapakah harganya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd