General Mobile Memasuki Pasaran Malaysia – Menawarkan Telefon Android One, GM 5 Plus

General Mobile Memasuki Pasaran Malaysia – Menawarkan Telefon Android One, GM 5 Plus

Diterbitkan pada July 6, 2017 oleh .

General Mobile, salah satu syarikat telefon pintar dari Amerika Syarikat, hari ini secara rasminya telah memasuki pasaran tempatan, dan mula menawarakn produk mereka untuk pasaran Malaysia.

Produk pertama yang ditawarkan adalah sebuah telefon pintar dibawah siri Android One – yang mana turut dibangunkan secara kerjasama pihak Google dalam usaha memberikan pengalaman baik Android serta kemaskini semasa. Telefon pintar berkenaan dinamakan sebagai GM 5 Plus.

General Mobile GM5 Plus

GM 5 Plus ini hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci pada paparan HD penuh (1920×1080 pixel), menggunakan cip Snapdragon 617, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Peranti ini menggunakan pengecasan berasaskan USB-C, bateri berkapasiti 3100mAh, serta dilengkapi Android 7.1.1 Nougat.

Melengapkan ia adalah kamera belakang 13-megapixel IMX258, dan juga kamera hadapan juga 13-megapixel.

Di Malaysia, GM 5 Plus dijual pada harga RM899, dan akan ditawarkan bermula pertengahan Julai 2017 ini.


TIPS & ULASAN