Moto Z2 Play Dengan Sokongan Modular Diperkenalkan Di Malaysia Pada Harga RM1999

Moto Z2 Play Dengan Sokongan Modular Diperkenalkan Di Malaysia Pada Harga RM1999

Diterbitkan pada July 6, 2017 oleh .

Lenovo Mobile Malaysia hari ini telah memperkenalkan beberapa peranti dibawah keluarga Moto, dan menjadi fokus utama adalah Moto Z2 Play.

Moto Z2 Play merupakan kemaskini kepada keluarga Moto Z Play sebelum ini, tetapi masih mengekalkan sokongan modularnya. Melalui apa yang dinamakan Moto Mods, pengguna boleh membeli beberapa aksesori tambahan dan menghubungkan ia dengan mudah melalui sokongan magnetik pada bahagian belakang telefon pintar ini.

Moto Z2 Play menggunakan skrin 5.5-inci Super AMOLED dengan paparan resolusi HD penuh, dijana menggunakan cip Snapdragon 626, memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan sehingga 64GB.

Moto Z2 Play turut menggunakan kamera belakang 12-egapixel f/1.7 dan juga kamera hadapan 5=megapixel f/2.2. Melengkapkan ia adalah penggunaan sistem operasi Android 7.1.1 dan juga antaramuka asal Android tanpa penambahan drastik.

Dii Malaysia, Lenovo menjual Moto Z2 Play ini pada harga RM1999.


TIPS & ULASAN