Motorola E4 Plus Dengan Bateri Berkapasiti 5000mAh Turut Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia

Motorola E4 Plus Dengan Bateri Berkapasiti 5000mAh Turut Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada July 6, 2017 oleh .

Nampaknya kini pihak Lenovo Mobile benar-benar memfokuskan kembali pasaran Malaysia dengan memperkenalkan semua siri Moto untuk pasaran tempatan. Bersama-sama pengenalan Moto Z2 Play dan juga Moto C, mereka turut mengambil peluang memperkenalkan siri peranti dibawah Moto E.

Dua peranti ditawarkan dibawah Moto E, iaitu Moto E dan juga Moto E Plus.

Moto E4

Moto E4 menggunakan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi cip MediaTek MT6737, memori 2GB RAM, dan storan 16GB. Ia menggunakan kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel, selain bateri berkapasiti 2800mAh.

Moto E4 Plus pula menawarkan skrin sedikit besar pada saiz 5.5-inci, dilengkapi cip MediaTek MT6737, memori 3GB RAM, storan 32GB. Ia menggunakan kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, serta pengimbas cap jari yang diletakkan dihadapan. Menariknya mengenai Moto E4 Plus adalah baterinya bersaiz besar, iaitu berkapasiti 5000mAh.

Berbeza dengan pasaran lain, di Malaysia, siri Moto E4 hadir dengan cip Mediatek dan bukannya Snapdragon.

Di Malaysia, Moto E4 ditawarkan pada harga RM639, sementara Moto E4 Plus pula ditawarkan pada harga RM799.

Moto E4


TIPS & ULASAN