Carian
Kaspersky Menawarkan Perisian Percuma Untuk Perlindungan Ransomware Menyasarkan Perusahaan
July 6, 2017 Aman

Ransomware atau perisian hasad yang memegang fail-fail anda sebagai tebusan semakin meningkat dari hari ke hari. Dalam beberapa minggu ini sahaja kita telah sedia mendengar serangan yang berlaku disebabkan oleh WannaCry dan juga terbaru Petya.

Perkara ini semestinya membuatkan ramai pengguna amat risau akan menjadi mangsa ransomware, terutamanya perusahaan yang tidak ingin kerugian kerana gangguan operasi.

Untuk tujuan berkenaan, kini Kaspersky memperkenalkan generasi baru penawaran Kaspersky Anti-Ransomware Tool untuk perusahaan. Perisian percuma daripada Kaspersky ini telah sedia dimuat-turun lebih 100,000 perusahaan seluruh dunia, dan melalui kemaskini baru, ia terus menambah-baik penawaran perlindungan daripada ransomware.

Kaspersky Anti Ransomware

Perisian ini boleh dipasang pada komputer, dan seterusnya ia akan memantau pelbagai aktiviti yang mencurigakan daripada ransomware, membuat salinan pendua sementara untuk fail-fail yang diserang, dan berupaya mengembalikan sistem komputer seperti sebelum diserang.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Kaspersky Anti-Ransomware Tool ini secara percuma, dan menggunakannya dalam melindungi komputer anda daripada pelbagai perisian hasad.

Komen