Cari @ Amanz

Nintendo sedang mengalami zaman Renaissance dengan konsol Switch mereka mendapat sambutan yang amat diluar jangkaan. Pelbagai permua untuk peranti pintar pula menghasilkan jumlah jualan yang tinggi melalui sistem transaksi mikro. Perubahan nasib Nintendo ini sungguh tidak dijangka selepas kegagalan Wii U.

Mario

Dengan kejayaan semasa pada platform konsol dan peranti mudah-alih, apakah perancangan Nintendo pada platform PC? Di dalam sesi soal jawab bersama pemegang saham, presiden Nintendo Tatsumi Kimishima menegaskan pihak mereka tidak mempunyai perancangan untuk menghasilkan permainan pada platform PC.

Nintendo menekankan mereka akan terus memfokuskan kepada arena ekosistem yang mengabungkan perkakasan dan perisian untuk memberikan pengalaman permainan yang baik.

Jadi bagi peminat Nintendo, anda harus bergantung kepada pelagak yang dibangunkan pihak ketiga untuk menikmati permainan-permainan Nintendo pada PC.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd