Samsung Dan Petronas Bekerjasama Mempromosikan Penggunaan Samsung Pay Di Stesen Petronas

Samsung Dan Petronas Bekerjasama Mempromosikan Penggunaan Samsung Pay Di Stesen Petronas

Diterbitkan pada July 6, 2017 oleh .

Petronas merupakan nama yang tidak asing lagi dikalangan pengguna tempatan. Terkini, Samsung Malaysia dan juga Petronas mengumumkan kerjasama untuk mengintegrasikan penggunaan kemudahan pembayaran Samsung Pay di lebih 1000 stesyen Petronas. Pengguna yang sedia menggunakan Samsung Pay semestinya telah boleh atau pernah menggunakan pembayaran tersebut di Petronas, memandangkan ia membolehkan pembayaran dilakukan melalui penggunaan teknologi MST atau NFC.

Samsung Pay Petronas

Seperti biasa, pengguna perlu menambah kad debit atau kredit pada Samsung Pay – dan anda boleh membuat pembayaran dan melihat perbelanjaan terus menggunakan aplikasi Samsung Pay pada telefon pintar. Buat masa ini, Samsung Pay menyokong sejumlah bank, termasuk Maybank, CIMB, dan RHB.

Dengan kerjasama ini, kita akan dapat melihat Samsung Pay lebih dipromosikan – sekaligus membawa kepada lebih ramai pengguna platform pembayaran berkenaan.


TIPS & ULASAN