Instagram Kini Membolehkan Pengguna Respon Kepada Stories Dengan Video Dan Gambar

Instagram Kini Membolehkan Pengguna Respon Kepada Stories Dengan Video Dan Gambar

Diterbitkan pada July 7, 2017 oleh .

Instagram Stories adalah perkongsian gambar dan video daripada seseorang pengguna yang hilang selepas tempoh 24 jam. Sehingga kini, Instagram cuma membolehkan pengguna berinteraksi dengan Instagram Stories ini dengan teks sahaja. Tetapi, hari ini Instagram menjadikannya lebih interaktif dengan menambah kebolehan memberikan respon melalui gambar dan juga video.

Instagram Stories

Untuk memberikan respon, pengguna hanya perlu tap pada ikon kamera bersebelahan dengan kotak menaip mesej, dan seterusnya ia akan membuka kamera untuk pengguna merakamkan gambar atau video. Pengguna juga turut boleh menambah emoji, teks dan menyunting sesuatu gambar sebelum menghantar ia sebagai respon kepada rakan.

Dan pengguna yang menerima respon berkenaan boleh melihatnya pada Instagram Direct.

Bagi anda yang menggunakan Instagram, boleh mengemaskini aplikasi Android atau iOS anda hari ini dan menikmati ciri baru ini.


TIPS & ULASAN