Vivo X9S Dan X9S Plus Dilancarkan Dengan Dwi-Kamera Selfie

Vivo X9S Dan X9S Plus Dilancarkan Dengan Dwi-Kamera Selfie

Diterbitkan pada July 7, 2017 oleh .

Vivo akhirnya melancarkan Vivo X9S dan X9S Plus semalam. Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan dwi-kamera selfie dan flash pada pada bahagian hadapan. Vivo X9S dilengkapi skrin 5.5″ AMOLED HD penuh. diperkasakan pemproses Snapdragon 652, memori 4GB RAM dans toran 64 GB tanpa sokongan kad MikroSD.

Kamera utama sebesar 16-Megapixel f/2.0 manakala kamera hadapan pula sebesar 20+5 Megapixel f/2.o. Bateri sebesar 3320 mAh membekalkan kuasa kepada peranti yang menggunakan Android 7.1.1 ini. Harga jualan untuk Vivo X9S ialah RMB 2698 (~RM 1704).

Vivo X9S pula dilengkapi skrin 5.85″ AMOLED HD penuh. pemproses Snapdragon 653 dan bateri sebesar 4015 mAh. Spesifikasi lain adalah sama seperti X9S. Peranti ini pula dijual pada harga RMB 2998 (~RM 1895).


TIPS & ULASAN