Fedora Linux 26 Bakal Dilancarkan Pada 11 Julai

Fedora Linux 26 Bakal Dilancarkan Pada 11 Julai

Diterbitkan pada July 7, 2017 oleh .

Fedora Linux merupakan salah satu sistem operasi berasaskan Linux yang popular selain daripada Ubuntu. Untuk tahun ini, pembangunnya menyasarkan untuk memperkenalkan versi terbaru mereka, Fedora 26.

Pembangunan versi terbaru ini mengambil masa sedikit lama berbanding dengan perancangan asas, membuatkan ia tertangguh seketika. Kini, pembangunnya mengesahkan yang mana Fedora 26 akan dilancarkan pada minggu hadapan, 11 Julai 2017.

Melalui versi terkini sistem operasi ini, ia dijangka dilengkapi kernel Linux 4.11, antaramuka GNOME 3.24, sokongan pelbagai perisian terkini, termasuk sejumlah pembaharuan lain.

Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi Fedora Linux terbaru ini pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN