Asus Malaysia Kembali Dengan Kejohanan ROG Masters – Tawar Hadiah Berjumlah RM100,000

Asus Malaysia Kembali Dengan Kejohanan ROG Masters – Tawar Hadiah Berjumlah RM100,000

Diterbitkan pada July 7, 2017 oleh .

Pada tahun lepas, Asus telah mengadakan acara kejohanan ROG Masters yang memperlihatkan para pemain dari seluruh negara bersaing untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. Kini, untuk 2017, ia kembali semula, dan peringkat saringan awal akan bermula pada penghujung Julai ini.

Asus ROG Masters

Melalui ROG Masters tahun ini, dua permainan yang akan dipertandingkan adalah Dota 2 dan juga CS:GO. Untuk kejohanan peringkat Malaysia sahaja, Asus menawarkan wang tunai berjumlah RM100,000.

Seperti sebelum ini, ia dijangka akan bermula dengan peringkat negara, sebelum ke peringkat seterusnya. Kejohanan akhir ROG Masters peringkat global akan berlangsung sekitar November 2017 kelak.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan diri untuk menyertai acara saringan yang akan diadakan bermula 22 Julai ini, dan seterusnya mara ke peringkat akhir yang dijangka berlangsung pada bulan September 2017 ini.

Daftar : ROG Masters 2017 Malaysia


TIPS & ULASAN