Cari @ Amanz

Lenovo baru sahaja memperkenalkan sejumlah peranti Moto baru untuk pasaran tempatan, termasuk Moto Z2 Play, Moto C, Moto C Plus, Moto E4, dan juga Moto E4 Plus. Selain daripada itu, terdapat beberapa peranti baru lain yang turut dirancang untuk diperkenalkan oleh Moto sepanjang tahun ini.

Salah satunya adalah Moto G5s Plus yang mana merupakan sedikit penaik-tarafan kepada Moto G5 yang telah dijual sebelum ini.

Moto G5 Plus dijangka hadir dengan skrin 5.5-inci dengna paparan HD penuh, serta dilengkapi cip Snapdragon 625 seperti versi awal, dan memori sehingga 4GB RAM, serta storan 64GB.

Membawa perbezaan besar berbanding Moto G5 adalah penggunaan kamera belakang, dimana Moto G5S Plus dijangka dilengkapi dengan dwi-kamera 13-megapixel pada bahagian belakang.

Selain daripada itu, Moto G5S juga dijangka menggunakan bahan binaan yang lebih premium berbanding Moto G5.

Buat masa ini, tarikh pengenalan rasminya masih tidak diketahui. Dengan info tertiris ini, mungkin kita akan melihatnya dalam beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd