Hadrian X – Robot Menyusun Batu-Bata Yang Akan Menyebabkan Buruh Binaan Kehilangan Kerjaya

Hadrian X – Robot Menyusun Batu-Bata Yang Akan Menyebabkan Buruh Binaan Kehilangan Kerjaya

Diterbitkan pada July 8, 2017 oleh .

Sama anda suka ataupun tidak, semakin banyak kerja yang dahulunya memerlukan manusia kini diambil alih oleh robot. Robot tidak pernah sakit, mampu bekerja 24 jam dan tidak bercuti sempena perayaan. Kerjaya sebagai buruh binaan mungkin akan diancam kepupusan dengan pembangunan robot Hadrian X oleh firma Fastbricks Robotics.

Fastbrick Robotics menerima suntikan dana sebanyak $2 Juta (~RM 8.6 Juta) dari Caterpillar untuk menghasilkan prototaip Hadrian X. Robot ini boleh menyusun 1000 bongkah batu-bata sejam bagi membina rumah. Hanya jumlah kecil pekerja manusia diperlukan untuk memastikan terdapat batu-bata yang mencukupi untuk Hadrian X terus beroperasi. Versi komersial Hadrian X dijangka dilancarkan pada penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN