Spotify Sedang Menguji Mod Memandu Pada Sebilangan Pengguna

Spotify Sedang Menguji Mod Memandu Pada Sebilangan Pengguna

Diterbitkan pada July 8, 2017 oleh .

Sejak menggunakan Spotify kami jarang sekali mendengar radio ketika memandu. Pilihan lagu yang lebih meluas serta tiada personaliti radio dengan lawak hambar adalah sebab utama perkhidmatan penstriman muzik ini menjadi pilihan peribadi. Tetapi antaramuka Spotify tidak direka untuk digunakan ketika memandu dengan elemen antaramuka yang sukar digunakan.

Spotify sedang menguji mod memandu pada sebilangan pengguna. Mereka yang menerima mod memandu ini akan melihat ikon berbentuk kereta pada bucu bawah sebelah kiri aplikasi. Apabila ditekan butang hadapan dan belakang akan menjadi lebih besar bagi memudahkan ia ditekan. Terdapat butang kawalan suara yang besar yang membenarkan arahan lagu yang ingin didengari diberikan.

Kami hanya berharap mod memandu ini diaktifkan kepada semua kerana memandu sambil menggunakan peranti mudah alih ialah tabiat yang berbahaya.


TIPS & ULASAN