Terdapat sejumlah aplikasi audiobook menarik dipasaran hari ini. Dalam pelbagai aplikasi berkenaan, salah satu aplikasi menarik yang dibangunkan pembangun tempatan dan memfokuskan kepada kandungan audiobook Islamik adalah IslamAudio.
Aplikasi IslamAudio ditawarkan untuk pengguna iPhone, dan hadir dengan sokongan pengiklanan. Pengguna boleh membuat pembelian dalam-aplikasi untuk menyokong pembangun dan membuang paparan iklan. Sejumlah kandungan audio turut ditawarkan secara percuma melalui aplikasi ini, selain beberapa kandungan premium.
Daripada percubaan kami, kandungan yang ditawarkan berbahasa Inggeris, dan paparan antaramukanya yang kemas memudahkan penggunaan aplikasi ini. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi IslamAudio ini untuk iPhone.
- Muat Turun
- Muat-Turun IslamAudio untuk iPhone