Carian
Kerajaan Ingin Memadam Lebih 1500 Akaun Media Sosial Kerana Penyebaran Berita Palsu
July 9, 2017 Aman

Penyebaran berita palsu telah menjadi salah satu topik utama yang ingin diatasi pelbagai pihak akhir-akhir ini. Facebook, Google dan beberapa yang lain telah mula mengimplementasi beberapa kaedah dan algoritma untuk mengatasinya, selain kerajaan sendiri telah hadir dengan laman Sebenarnya untuk memberikan info yang tepat kepada pengguna.

Walaubagaimanapun, kemudahan membuat akaun percuma pada perkhidmatan sosial memudahkan lagi pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebar berita palsu dan tidak tepat dengan mudah.

Bercakap mengenainya, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ingin memadam sekitar 1500 akaun media sosial yang telah dikenal-pasti.

1500 akaun ini telah dikenal-pasti untuk tempoh enam bulan pertama, dimana selain menyebarkan berita palsu dan tidak tepat, beberapa akaun juga turut terlibat dalam serangan politik.

Seperti biasa untuk memadamnya, ia memerlukan kerjasama pihak Facebook, Instagram dan Twitter.

Komen