Papan Kekunci Untuk Nintendo Switch Dihasilkan Oleh Cyber Gadget

Papan Kekunci Untuk Nintendo Switch Dihasilkan Oleh Cyber Gadget

Diterbitkan pada July 10, 2017 oleh .

Apabila menggunakan konsol perkara yang sedikit menjengkelkan ialah apabila perlu menaip teks. Pengawal permainan yang disediakan tidak mempunyai papan kekunci penuh dan ini memanjangkan masa menaip. Bagi pengguna Switch terdapat penyelesaian dalam bentuk papan kekunci fizikal yang dihasilkan oleh Cyber Gadget.

Papan kekunci fizikal ini mempunyai dok untuk Joy Con terbina pada kedua-dua sisi. Ia mempunyai 78 kekunci yang kecuali pad numerik. Ia turut boleh digunakan pada konsol PlayStation 4 dan Xbox One. Harga jualan ialah 3578 Yen (~RM 135)  sebuah dan hanya akan dijual bermula September. Bagi yang gemar berbual di atas talian, ini papan kekunci yang perlu dimiliki.


TIPS & ULASAN