Sistem Always On Display Sedang Dibangunkan Untuk Google Pixel
July 10, 2017
Google
Effi Saharudin
Skrin yang sentiasa menyala untuk memaparkan notifikasi penting dipelopori oleh Nokia melalui sistem Sleeping Screen pada tahun 2011. Ia kembali popular dan digunakan pada peranti Samsung dengan nama baru Always On Display. Sistem ini sedang dibangunkan oleh Google untuk peranti Pixel mereka.

Kod untuk mengaktifkan sebahagian skrin ketika peranti dikunci ditemui oleh laman XDA Developer di dalam Android O Developer Preview 3. Seperti Galaxy S8, Google Pixel dan Pixel XL kedua-duanya menggunakan skrin AMOLED yang menyokong sistem skrin terpasang sepanjang masa tanpa menggunakan bateri yang tinggi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.