DBKL kini telah mula menawarkan aplikasi eDrive untuk Android dan iOS dalam bentuk percubaan, sekaligus memudahkan pengguna untuk memantau keadaan lalulintas sekitar bandar Kuala Lumpur dengan mudah.
Melalui aplikasi eDrive, pengguna boleh memantau keadaan jalan raya dengan melihat kepada suapan CCTV masa-nyata melaluinya, selain turut melihat jalan raya yang ditutup, serta notifikasi daripada DBKL mengenai penyelengaraan dan penutupan jalan raya.
Disamping itu, aplikasi sama juga membolehkan pengguna untuk melaporkan sebarang masalah atas jalan-raya dengan mudah – seperti jalan berlubang dan sebagainya.
Ciri tambahan lain yang ditawarkan adalah termasuk kemudahan untuk melihat kotak parkir kosong di beberapa pasaraya utama sekitar bandar Kuala Lumpur.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi eDrive ini hari ini pada Android dan iOS.
- Muat-Turun eDrive untuk Android
- Muat-Turun eDrive untuk iOS