Klien Desktop Untuk Google Allo Dijangka Hadir Dalam Beberapa Minggu Lagi

Klien Desktop Untuk Google Allo Dijangka Hadir Dalam Beberapa Minggu Lagi

Diterbitkan pada July 10, 2017 oleh .

Allo merupakan salah satu perkhidmatan permesejan daripada Google memfokuskan pengguna. Ia sedia ditawarkan untuk Android dan juga iOS – membolehkan pengguna bukan sahaja berinteraksi dengan rakan-rakan, tetapi turut mendapatkan maklumbalas daripada Google Assistant berkaitan pelbagai info semasa.

Google sebelum ini telah mengatakan klien untuknya akan hadir di desktop, dan kini berkongsi lanjut, wakil Google mengatakan ia akan hadir dalam beberapa minggu lagi.

Buat masa ini, info penuh masih tidak diketahui lagi berkenaan dengan aplikasi desktop ini. Ia juga masih menjadi tanda tanya sama ada Google akan menawarkan ia sebagai aplikasi web atau pun sebuah klien desktop penuh.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran klien desktop ini.


TIPS & ULASAN