Carian
LG
LG Dijangka Memperkenalkan Variasi LG G6 Bersaiz Mini Dinamakan LG Q6 Seawal Esok
July 10, 2017 Aman

LG kini telah mengeluarkan sebuah video teaser untuk pelancaran telefon pintar baru mereka. Melalui penerangan pada video yang dimuat-naik, LG memperlihatkan telefon pintar ini akan hadir dibawah keluarga siri-Q, berkemungkinan dinamakan LG Q6.

Menurut desas-desus sebelum ini, LG Q6 dijangka hadir dengan sktin 5.4-inci, dan memfokuskan kepada penggunaan skrin pada nisbah 18:9. Video teaser yang hadir sendiri dilihat menekankan perkara berkenaan.

LG dijangka menggunakan cip pemprosesan berspesifikasi rendah-pertengahan pada telefon pintar ini, dan kita akan mendengar lanjut mengenainya pada pelancaran rasmi LG, esok.

Komen