Cari @ Amanz

Sony sebelum ini sedia memperkenalkan konsol PlayStation 4 dalam pilihan warna putih, selain emas. Namun, untuk PlayStation 4 Pro, ia hanya ditawarkan dalam pilihan warna hitam sahaja buat masa ini.

Perkara ini akan berubah tidak lama lagi, apabila hari ini Sony mengumumkan secara rasmi pengenalan PlayStation 4 Pro berwarna putih atau apa yang dipanggil Sony sebagai “Glacier White”.

PlayStation 4 Pro

Walaubagaimanapun, buat masa ini, PS4 Pro berwarna putih ini hanya diumumkan bersama pakej Destiny 2 sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan ditawarkan secara berasingan.

Sony mengatakan konsol ini akan ditawarkan di Eropah bermula September kelak. Berkemungkinan kita akan melihat penawaran sama di Malaysia pada tarikh lebih kurang sama.

PlayStation 4 Pro

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd