Lebih 1 Juta Honor 9 Telah Terjual Setakat Ini

Lebih 1 Juta Honor 9 Telah Terjual Setakat Ini

Diterbitkan pada July 11, 2017 oleh .

Peranti Honor 9 telah dilancarkan pada 12 Jun yang lalu. Ia adalah alternatif lebih murah kepada Huawei P10 yang mempunyai spesifikasi lebih tinggi. CEO Honor, Zhao Ming berkongsi maklumat jualan peranti ini menerusi laman Weibo beliau. Setakat ini sudah lebih sejuta unit Honor 9 terjual dalam masa 28 hari. Oleh sebab sambutan di luar jangkaan ini beliau memohon maaf kepada pelanggan yang lewat menerima peranti yang telah dipesan.

Honor 9 hadir dengan skrin bersaiz 5.15-inci pada paparan resolusi HD penuh, dan dilengkapi menggunakan cip Kirin 960. Honor menawarkan sejumlah variasi pilihan, iaitu antara 4GB RAM dengan 64GB storan, atau 6GB RAM dengan 64GB/128GB storan

Mencuri perhatian pada telefon pintar ini juga adalah sokongan dwi-kamera belakang, menggabungkan sensor 20-megapixel (monokrom) dan 12-megapixel (RGB). Untuk rakaman selfie pula, Honor 9 menggunakan kamera 8-megapixel. Akhir sekali bateri sebesar 3200 mAh disertakan.


TIPS & ULASAN