Cari @ Amanz

Kemaskini : Pembangun Mobile Legends melalui laman Facebook mengeluarkan kenyataan mengatakan perkara ini tidak benar. Mereka turut mengatakan mempunyai hak IP untuk permainan yang dibangunkan oleh mereka ini.


Bagi anda yang mengikuti perkembangan arena e-sukan, mungkin sedia mengenali sejumlah permainan popular, termasuk salah satunya adalah League of Legends yang dibangunkan oleh Riot. Kini, Riot dilihat telah memfailkan saman ke atas salah satu permainan mudah-alih yang menawarkan pelbagai elemen rekaan dan permainan yang lebih kurang sama.

Daripada saman yang difailkan (dilaporkan dotEsports), Riot menamakan tiga permainan, iaitu Mobile Legends : 5V5 MOBA, Mobile Legends : Bang Band dan juga Magic Rush : Heroes.

Mobile Legends

Menurut saman yang difailkan, ia dikatakan Riot telah cuba menghubungi Google dan Apple untuk membuang aplikasi berkenaan, namun ia tidak membawakan hasil yang positif. Langkah ini diambil untuk mengatasinya, malah Riot mempercayai penerbit permainan mudah-alih ini telah menjana jutaan ringgit dengan “mencuri” hasil mereka.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah keputusan mahkamah berkaitan dengan hal ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd