Cari @ Amanz

Annyeonghaseyo! Genre muzik Kpop adalah amat diminati golongan muda sejak lima tahun kebelakangan ini. Tsunami Kimchi dari timur ini membuatkan banyak restoran dan kedai dari Korea Selatan mula dibuka di Malaysia. Jenama dari Korea Selatan turut menerima kesan positif dari kepopularan Kpop. Bagi peminat Exo, kerangka telefon Samsung Galaxy Friends x EXO akan ditawarkan di Malaysia untuk masa yang terhad.

Sebanyak 500 kerangka ini akan diberikan percuma dengan setiap pembelian Samsung Galaxy S8 dari 13-16 Julai hadapan. Bagi yang berminat mereka hanya perlu menghadiri program jelajah Galaxy S8 yang berlangsung di Mid Valley pada tarikh tersebut. Buat masa ini tiada penawaran kerangka untuk Samsung Galaxy S8+.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd