Kad Grafik Melombong Kriptowang MSI P106-100 Hadir Di Pasaran Malaysia
MSI

Kad Grafik Melombong Kriptowang MSI P106-100 Hadir Di Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada July 11, 2017 oleh .

Kad grafik melombong kriptowang kini nampaknya semakin hangat dijual di pasaran di luar negara. Sayangnya kad-kad seperti ASUS Mining PT106 dan lain-lain tidak akan hadir di pasaran Malaysia secara rasmi, akan tetapi, nampaknya ada juga pengedar-pengedar komponen PC yang membawa masuk kad-kad khusus untuk kriptowang tersebut.

Dua daripada pengedar-pengedar ini adalah Asashi Gaming dan juga GTech Solutions yang membawa masuk kad grafik MSI P1060-100 yang direka khas menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 dengan memori sebanyak 6GB sebagai asas kad tersebut. Sama seperti kebanyakan kad grafik khusus untuk melombong kriptowang, kad ini tidak hadir dengan sebarang palam output untuk video.

Kedua-dua pengedar komponen PC tersebut menetapkan harga kad ini pada RM1299, akan tetapi nampaknya ia hanya boleh ditempah buat masa ini, kerana stok sebelum ini semuanya sudahpun habis dijual.


TIPS & ULASAN