Honor 8 Pro Dilancarkan Di Malaysia – Cip Kirin 960, 6GB RAM, 4000 mAh, Berharga RM1999

Honor 8 Pro Dilancarkan Di Malaysia – Cip Kirin 960, 6GB RAM, 4000 mAh, Berharga RM1999

Diterbitkan pada July 11, 2017 oleh .

Honor sebelum ini pernah hadir dengan Honor 8, dengan cip pemprosesan seumpama Huawei P9 dengan memori 4GB RAM. Hari ini, Pihak Honor telah melancarkan versi yanh lebih berkuasa untuk siri peranti ini, menerusi Honor 8 Pro dengan memori setinggi 6GB RAM.

Peranti ini kini membawakan rekaan belakang berasaskan logam, berbanding rekaan berasaskan kaca pada Honor 8 sebelum ini. Ia juga kini hadir dengan skrin lebih besar, menerusi kehadiran skrin 5.7-inci QHD.

Dari segi spesifikasi, ia kini menggunakan cip pemprosesan seumpama Huawei P10, iaitu cip HiSilicon Kirin 960, selain hadir dengan memori 6GB RAM, dan kapasiti bateri 4000 mAh. Melengkapkan lagi peranti ini ialah sistem dwi-kamera 12MP, namun tidak dilengkapi dengan sebarang pengesahan daripada Leica seperti Honor 8.

Di Malaysia, ia telah ditawarkan pada harga RM1,999 dan boleh didapati melalui pengedar-pengedar rasmi Honor Malaysia.


TIPS & ULASAN