Carian
Uber Bekerjasama Dengan GABUNGAN Untuk Program Rintis UberTaxi
July 11, 2017 Aman

Uber hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Gabungan Persatuan dan Syarikat-Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia untuk sebuah program rintis bagi memudahkan pengguna membuat tempahan teksi terus melalui aplikasi Uber.

Dengan kerjasama dengan ini, Uber menambah pilihan UberTaxi pada aplikasi mereka. Buat masa ini, terdapat sekitar 500 teksi daripada GABUNGAN yang telah mula menggunakn platform Uber, dan ia menggunakan struktur bayaran berasaskan kepada UberX.

Langkah ini juga sekaligus membawa industri pengangkutan tempatan ke peringkat seterusnya – dan mungkin kita akan melihat pengurangan kadar aduan daripada pemandu teksi disebabkan populariti aplikasi tempahan seperti Uber dan Grab. Memandangkan harganya sama seperti UberX, kita mungkin akan melihat pengguna turut memilih tempahan UberTaxi – terutamanya ketika penawaran kenderaan UberX di sesuatu lokasi adalah sedikit.

Komen