AMD Mendakwa CPU Ryzen 7 Boleh Melombong Kriptowang Setanding Kad Grafik RX 470

AMD Mendakwa CPU Ryzen 7 Boleh Melombong Kriptowang Setanding Kad Grafik RX 470

Diterbitkan pada July 11, 2017 oleh .

Konsep asas melombong kriptowang seperti Bitcoin dan Ethereum memerlukan kuasa pengiraan yang tinggi, dan ini biasanya boleh dilakukan oleh cip pemproses komputer dan juga grafik.

Kebiasaannya kad grafik lebih diutamakan apabila melombong matawang digital ini kerana walaupun sebuah CPU boleh melakukan tugas melombong ini dengan cepat, ia tidak boleh melakukannya secara berterusan, berbanding dengan kad grafik, dimana satu-satunya tugasnya ialah untuk memproses pengiraan grafik untuk ditunjuk di paparan skrin sahaja, ataupun untuk kes ini, perlombongan kriptowang.

Terkini, pihak AMD baru sahaja mengumumkan bahawa siri CPU Ryzen mereka juga mampu melombong kriptowang, khususnya Monero (XMR), setanding kad grafik RX 470 mereka. CPU yang diperkatakan ialah AMD R7 1800X, model CPU AMD yang tertinggi di dalam siri tersebut, dimana ia mampu melombong 549 H/sec (Hash per second) pada 65W, berbanding dengan 690 H/sec pada 120W untuk kad grafik tersebut.

Kenyataan AMD ini hadir di waktu apabila kad-kad grafik AMD, terutamanya AMD RX 470 dan 570 berada pada tahap yang cukup sedikit gara-gara kegilaan melombong kriptowang ini. Perlu dikatakan bahawa kenyataan ini juga khusus untuk melombong kriptowang XMR, jadi menggunakannya untuk melombong kriptowang yang lain mungkin tidak akan memberikan hasil yang sama.

Bagi yang berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai perisian melombong kriptowang yang mengutamakan CPU, anda boleh membaca tentang perisian-perisian berikut:


TIPS & ULASAN