Fedora Linux 26 Kini Sedia Untuk Dimuat-Turun

Fedora Linux 26 Kini Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada July 11, 2017 oleh .

Terdapat sejumlah sistem operasi sumber terbuka Linux dipasaran, dan salah satu yang popular dan mempunyai angka pengguna yang ramai diseluruh dunia adalah Fedora. Hari ini, pembangun dan komuniti disebalik Fedora telah melancarkan Fedora Linux 26 secara rasminya kepada umum.

Seperti biasa, tiga variasi Fedora 26 ditawarkan, termasuk WorkStation, Cloud, dan juga Server.

Fedora 26 menggunakan kernel Linux 4.11.8, hadir dalam sejumlah pilihan persekitaran desktop, termasuk GNOME, serta dilengkapi pelbagai perisian versi terkini yang melengkapkannya.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun Fedora 26 hari ini daripada laman torrent rasmi mereka, dan dijangka ditawarkan dalam muat-turun web bermula esok.

Muat-Turun Fedora Linux 26


TIPS & ULASAN