Cari @ Amanz

Spotify hari ini telah mengumumkan yang mana mereka kini mempunyai penawaran versi pembangunan atau apa yang dipanggil Spotify sebagai Preview untuk Linux.

Melalui Spotify untuk Linux, pengguna boleh menikmati muzik ketika sedang mengaturcara, membuat pembangunan, atau menggunakan komputer berasaskan sistem operasi Linux. Walaubagaimanapun, terdapat sejumlah ciri-ciri Spotify yang terdapat pada versi Windows dan Mac belum disokong pada Spotify untuk Linux ini.

Spotify Linux

Disamping itu, untuk versi Preview juga, ia hanya menyokong pengguna dengan akaun berbayar sahaja – memandangkan pihak Spotify masih belum menemui kaedah untuk memaparkan iklan padanya.

Buat anda yang menggunakan sistem operasi Linux, mungkin boleh mencuba Spotify untuk Linux ini hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd