Facebook Messenger Akan Mula Memperlihatkan Iklan Pada Halaman Utama

Facebook Messenger Akan Mula Memperlihatkan Iklan Pada Halaman Utama

Diterbitkan pada July 12, 2017 oleh .

Facebook Messenger adalah perkhidmatan permesejan daripada Facebook yang kini beroperasi secara sendiri dibawah platform tersendiri. Messenger ini sendiri mempunyai lebih 1.2 bilion pengguna aktif bulanan – sekaligus membawa kepada satu lagi kebolehan untuk Facebook menjana wang melalui pengiklanan padanya.

Berkongsi hari ini, ketua produk Messenger mengatakan mereka akan mula memperlihatkan iklan pada skrin utama Messenger untuk pengguna seluruh dunia. Sebelum ini, ujian telah dilakukan di Thailand dan Australia, dan hasil daripadanya dilihat sangat bagus.

Pada halaman skrin utama Messenger pada hari ini, ia memaparkan senarai komunikasi terkini anda, selain memperlihatkan rakan-rakan anda yang aktif dan lain-lain. Kelak, mungkin dalam beberapa bulan lagi, kita akan diselang-selikan dengan paparan iklan pada bahagian berkenaan.


TIPS & ULASAN