Cari @ Amanz

Logitech sedia menjadi salah satu pengeluar popular yang menawarkan sejumlah aksesori menarik untuk para pengguna PC dalam menikmati pengalaman permainan video yang baik. Kini, selain daripada hanya PC, Logitech juga turut ingin mengukuhkan kedudukan dalam arena konsol.

Untuk tujuan berkenaan, hari ini Logitech mengumumkan pengambil-alihan salah satu pengeluar aksesori konsol popular, iaitu Astro Gaming.

Astro Gaming sedia terkenal kerana penawaran set kepala mereka yang berkualiti-tinggi dan digunakan ramai dalam arena e-sukan.

Logitech dikatakan membayar sekitar $85 juta untuk mengambil-alih Astro Gaming. Walaupun diambil-alih, ia masih akan kekal beroperasi dibawah jenama Astro Gaming seperti sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd