Cari @ Amanz

Nampaknya peperangan bilangan teras CPU diantara AMD dan Intel bakal semakin hangat. Jika pihak AMD hadir dengan siri CPU AMD EPYC yang hadir dengan 32 teras dan 64 bebenang kuasa, pihak Intel pula baru sahaja mengumumkan kehadiran CPU Intel Xeon Platinum 8176 mereka yang tidak kurang hebatnya.

CPU Intel Xeon Platinum 8176 ini hadir dengan 28 teras fizikal, dan melalui teknologi Hyper-Threading, hadir dengan 56 bebenang kuasa yang menggunakan kuasa sebanyak 209W apabila berada di keadaan sedia.

Menurut ujianĀ Tom’s Hardware, apabila ia melakukan tugas pemprosesan dan menggunakan 100 peratus kemampuan, CPU Intel Xeon Platinum tersebut boleh dilihat menggunakan kuasa sebanyak 670W.

Akan tetapi, perlu diingatkan bahawa CPU ini digunakan untuk tujuan-tujuan yang agak berbeza, termasuklah tugasan misi kritikal, pengolahan. pembelajaran mesin dan sebagainya.

Dalam pada itu, Intel juga mengumumkan bahawa CPU Intel Xeon Platinum 8176 ini akan hadir di pasaran pada tanda harga mampu terbeliak $8719 (RM 37,458).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd