Kemaskini Fungsi Moving Picture Mula Diterima Peranti Huawei P10 Di Malaysia

Kemaskini Fungsi Moving Picture Mula Diterima Peranti Huawei P10 Di Malaysia

Diterbitkan pada July 12, 2017 oleh .

Minggu lalu Huawei menjanjikan kemaskini kepada P10 dan P10 yang akan membawakan fungsi Moving Picture pada aplikasi kamera. Fungsi seakan Live Photo pada iPhone ini membolehkan gambar beranimasi diambil oleh peranti dengan dwi-lensa Leica ini.

Pengguna Huawei P10 di Malaysia sudah mula menerima kemaskini ini sejak awal pagi tadi. Kemas kini sebesar 2.82 GB ini turut memberikan penambahbaikan kepada sistem peranti, penjimatan bateri, kemaskini keselamatan Google Security dan beberapa permua dari Gameloft.

Bagi mengakses fungsi Moving Pictures, pilih ikon berbentuk bulat bersebelahan ikon Portrait Mode di dalam aplikasi kamera. Gambar beranimasi boleh ditonton dengan menekan gambar di dalam aplikasi Gallery.


TIPS & ULASAN