Chairless Chair – Eksorangka Yang Membolehkan Pekerja Kilang Duduk Tanpa Kerusi

Chairless Chair – Eksorangka Yang Membolehkan Pekerja Kilang Duduk Tanpa Kerusi

Diterbitkan pada July 12, 2017 oleh .

Kami diperkenalkan kepada eksorangka menerusi filem Aliens. Watak Ripley bertarung dengan permaisuri Alien menggunakan eksoranga Power Loader yang direka untuk mengangkut senjata. Kegunaan eksorangka di dunia sebenar kini menjadi realiti dengan terciptanya Chairless Chair.

Chairless Chair dipakai pada bahagian kaki pekerja industri perkilangan. Ia dihasilkan oleh Noonee untuk mengurangkan kecederaan di kalangan pekerja kilang. Mereka menerima input dari pekerja kilang AUDI, Seat, Skoda, BMW, Daimler AG, dan Renault bagi menyelesaikan masalah yang dialami mereka. Menarik sekali eksorangka ini tidak memerlukan kuasa bateri untuk berfungsi.

Dengan Chairless Chair pekerja boleh “duduk” tanpa kerusi di samping mengurangkan kecederaan belakang ketika mencangkung untuk melakukan tugas. Ini sekaligus mengurangkan kerugian kepada syarikat kerana pekerja tidak mengambil cuti dan tiada kos perubatan perlu dibiayai.


TIPS & ULASAN