Penuras Game Of Thrones Ditawarkan Kepada Pengguna Snapchat

Penuras Game Of Thrones Ditawarkan Kepada Pengguna Snapchat

Diterbitkan pada July 12, 2017 oleh .

Musim ke-tujuh Game of Thrones akan ditayangkan pada penghujung minggu ini. Kesinambungan siri The Song of Ice And Fire ini amat dinantikan peminat George R R Martin. Bagi menyambut kedatangan siri baru ini, penuras Game of Thrones ditawarkan kepada pengguna Snapchat.

Melalui penuras ini wajah pengguna akan berubah menjadi White Walker lengkap dengan kesan khas ribut salji dan mata berubah menjadi biru. Apabila kamera belakang digunakan pula, pengguna boleh membunuh White Walker menggunakan pisau Dragon Glass yang boleh ditembak. Penuras ini hanya ditawarkan selama sejam dan boleh dimuat turun menerusi pautan ini atau Snapcode di bawah.


TIPS & ULASAN