Cari @ Amanz

Telegram boleh dikatakan sering hadir dengan sejumlah ciri-ciri menarik pada aplikasi permesejan mereka. Terkini, berkongsi melalui Twitter, pengasas Telegram mengatakan mereka bakal hadir dengan pusat notifikasi khusus untuk pengguna tidak lama lagi.

Melalui pusat notifikasi ini, pengguna akan dapat mengakses pelbagai mesej yang ditujukan dengan mereka dengan lebih mudah – terutamanya untuk mesej-mesej pada Group yang mungkin terlepas pandang.

Ciri baru ini dijangka hadir dalam tempoh sekitar dua bulan lagi, dan mungkin akan dapat melihat rekaan awalnya pada versi beta dalam beberapa minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd