(Ura-Ura) Xiaomi Melancarkan Keluarga Baru Peranti Yang Mensasarkan Jualan Luar Talian

(Ura-Ura) Xiaomi Melancarkan Keluarga Baru Peranti Yang Mensasarkan Jualan Luar Talian

Diterbitkan pada July 12, 2017 oleh .

Jualan peranti Xiaomi mengalami penurunan mendadak tahun lalu kerana saingan dari Vivo, Oppo dan Huawei. Sebagai langkah menaikkan semula jualan, Xiaomi merancang membuka 1000 kedai fizikal di seluruh China untuk jualan secara luar talian. Kini kedengaran ura-ura dari Gizmochina yang mengatakan mereka akan melancarkan keluaran peranti baru yang mensasarkan jualan secara luar talian.

Peranti dengan nama Lanmi (Beras Biru) akan menjadi keluarga ketiga selepas Mi dan Redmi yang akan dihasilkan oleh mereka. Peranti pertama dengan nama Lanmi X1 dipercayai akan dilancarkan pada penghujung bulan ini. Ia bakal dilengkapi skrin sebesar 5.5″ QHD, diperkasakan pemproses Snapdragon 660 dan sistem dwi-kamera. Lanmi X1 akan dijual secara luar talian bagi memudahkan ia dibeli.

Jualan atas talian Xiaomi mengurangkan kos kepada mereka tetapi menjadi masalah kepada bakal pelanggan. Ramai yang mengeluh peranti yang ingin dimiliki kerap kehabisan stok beberapa minit selepas tempahan atas talian dibuka.


TIPS & ULASAN